Saturday 31 January 2015

WOMAN HIJAB ENTERPRISE


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Woman Hijab Enterprise telah didaftarkan pada 9 Mac 2012 dengan nombor pendaftaran (IP0364814-V). 

Woman Hijab menyediakan pelbagai busana Muslimah yang mengikut syariah dan produk utama kami ialah tudung labuh melepasi paras dada dan belakang. Misi kami ialah ingin memperkembangkan lagi busana Muslimah ke peringkat antarabangsa bagi memudahkan semua wanita muslim mendapat citarasa pemakaian Islam yang sesuai dan sebagai satu kewajipan juga untuk menutup aurat dengan sempurna.

InshaALLAH kami masih dalam perancangan untuk menyediakan juga busana untuk muslim seperti jubah lelaki dan pelbagai barangan untuk persediaan Haji dan Umrah.

Semoga niat dan usaha murni kami mendapat keredhaan dari ALLAH S.W.T dan semoga dakwah Islam turut berkembang dengan syiar Islam yang kami cuba tampilkan. 

Ameen.

BERHIJAB LABUH, ANGGUN MEMPERSONA

Admin/CEO
Woman Hijab Enterprise
Nurul Najmin Amran

No comments:

Post a Comment